IMAM MUDA KOMIK-KAW!

Hai Blinkers…

Tim PJS kali ini menjelah di Sekolah Rendah Arab (SRA) Bersepadu Sg. Abong Muar . Tim PJS mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput Blink Book untuk Program Pelancaran Nilam baru-baru ini.. Tidak sangka komik mendapat sambutan hangat dikalangan Iman muda SRA Bersepadu Sg. Abong Muar. Seronok sungguh Tim PJS berjumpa dengan para pelajar di sekolah ini. Semua ini pelajarnya sungguh sopan santun lembut segak-segak semuanya ^_^

Membaca merupakan satu tanggungjawab yang suci. Menjadi satu kewajipan ke atas setiap individu menuntut ilmu, sama ada lelaki mahupun perempuan. Mengikut kepercayaan orang Islam wahyu pertama diturunkan dari al-Quran adalah “Bacalah!”. Ayat tersebut mendorong setiap Muslim untuk membaca, mempelajari dan memiliki ilmu pengetahuan. Surah Al-Zumar, ayat ke-9 menjelaskan: “Mereka yang berilmu tidaklah serupa dengan mereka yang tiada pengetahuan”. Nilai-nilai yang mulia akan menjana rasa kasih serta hormat diantara anggota keluarga , rakan-rakan dan anggota masyarakat secara amnya. Oleh itu, buku bukan sahaja hanya sebagai bahan bacaan suka-suka. Namun, tanpa kita sedar ia juga membentuk nilai kasih sayang secara tidak langsung dalam masyarakat.

 

Tim PJS mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak sekolah mengadakan Program Jelajah Sekolah. Semoga dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan ya ^__^

#gogoblink #PJS2017 #BlinkBook #maskotBLINK #programjelajahsekolah

BOOKISH FRIENDS FOREVER

Hai Blinkers…

Tim PJS kali ini menjelajah ke SMK Taman Daya bersama Abang Tembam Blink iaitu Aman Wan ^_^ Aman Wan yang terkenal dengan lawak jenaka riang ria seperti hari-hari Hari Raya.. hehe.. Seperti biaa Tim PJS dijemput ke sekolah bagi Program Perasmian Nilam dan bengkel penulisan bersama penulis Blink ^_^ Di sekolah ini terdapat cerita menarik apabila serorang pelajar perempuan yang bernama Emyliana, pelajar tingkatan satu di SMK Taman Daya.

Emyliana terpisah bersama rakan-rakan baiknya ketika di sekolah rendah kerana melanjutkan pengajian di tahap sekolah menengah. Tetapi dia tetap cuba untuk mengukuhkan persahabatan bersama dengan sahabat sekolah rendah kerana minat mereka terhadap buku sama.

Oleh itu Emylina membeli Dua novel seram di kanan itu menjadi miliknya. Tetapi 8 novel yang lain dibeli untuk dijadikan hadiah buat 8 sahabat baik yang kini bersekolah di tempat lain. Bookish friends will never end! Hebat sungguh kuasa buku yang boleh menyatukan persahabatan ini … Blinkers ada cerita yang sama seperti Emylina? Warga Tim PJS dan seluruh keluarga Blink tabik spring pada semangat setia kawan ini.

Terima kasih diucapkan kepada SMK Taman Daya kerana menjemput tim PJS bersama Penulis Blink Aman Wan. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi pada setiap tahun. Terimalah serangkap pantun daripada tim PJS.

Tarik papan sorong papan.

Tim PJS harap berjumpa ditahun hadapan..

#gogoblink #PJS2017 #BlinkBook #programjelajahsekolah

PENULIS BUAT PELAJAR TAHUN 1 MENANGIS

Hai Blinkers..

Lihat tajuk pasti sudah tahu kisah yang mahu dikongsikan pada kali ini. Penulis Blink bersama Tim PJS melawat ke SK Kajang Utama bagi Program Pelancaran Nilam seperti biasa. Oh ya! Penulis tersebuat adalah Kakak Selfiestar iatu Kak Hazira Hanapi ^_^ Kak Hazirah yang selasa dengan gelaran manja Kak Ira sangat terkejut apabila mendengar satu suara teresak-esak di belakang meja pameran buku Tim PJS. Pelajar tahun 1 itu menagis habis merah matanya dan tak mampu bercakap langsung sebab lama sangat menangis. Semunya gara-gara penulis tak muncul-muncul untuk menandatangan buku yang baru dibeli. Adik ini enggan beredar selagi buku yang buru dibelinya tidak ditandatanagn oleh penulis. Penat yakinkan mak untuk berikan duit belanja lebih untuk beli buku sebab ada penulis akan hadir… Jadi mesti ada bukti tandatangan penulis… Comel sungguh ^_^

Sememangnya untuk menjadi seorang penulis novel tidaklah susah, tetapi untuk mendapat idea yang hebat itu yang sedikit sukar. Salah satu tip yang Tim PJS mahu bocorkan untuk mendapat idea yang hebat adalah dengan melihat siapa Idola kita . Oleh itu, jadikan Idola sebagai satu ceemin diri kita kerana idola adalah rakan jiwa kita. Sebagai contoh, jika Idola kita adalah Penyayi kemungkinan bersar minat kita kearah untuk menjadi seorang penyanyi. Tetapi jika Idola kita adalah sekolah Penulis Novel minat kita kearah menjadi seorang penulis ^_^ Ayuh kita idolakan insan-insan yang positif agar diri kita menjadi orang yang positif…

Tim PJS mengucapkan terima kasih kepada pihak SK Kajang Utama yang menjemput Penulis Hazira Hanapi dan Tim PJS bersama-sama menghiburkan para pelajar bagi Program Pelancaran NILAM. Terima kasih kerana menyokong dan menggalakkan para pelajar untuk mengikuti Program NILAM yang sangat bermanfaat kepada generasi masa sekarang khususnya. Selamat maju jaya SK Kajang Utama. Yeaaaayyyyy!!!! Sampai jumpa lagi, Kak Ira dan Tim PJS rindu pada semua. Semoga jumpa lagi di tahun hadapan ^_^.

#gogoblink #PJS2017 #BlinkBook #programjelajahsekolah

SELAMANYA BLINK BOOK SELAMANYA…

Hai Blinkers…

Hari ini Tim PJS sangat berbangga dan berbesar hati mahu berkongsi cerita tetang sahabat kita Nur Atiqah Binti Akhbar bersekolah di SMK Tun Syed Ismail, Johor Bahru. Atiqah kini belajar di tingkatan 1 dan sudah mula mengenal novel Blink Book karya Ain Maisarah ketika berusia 10 tahun (darjah 4). Sewaktu itu Atiqah bersekolah di Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Johor Bahru.. Sehingga kini masih setia bersama Blink Book dan membuat pembelian sebanyak RM100 keatas … Lebih menarik lagi pembelian ini adalah hasil duit yang dikumpul dan sikongsi bersama adik beradik yang lain.. Subahanallah hebat sungguh minatnya kepada Blink Book..Terima Kasih Atiqah kerana selamanya bersama Blink Book …

Tim PJS mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Sultan Abu Bakar 2 mengadakan Program Jelajah Sekolah. Semoga dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan ya ^__^ Bacalah buku kerana dengan membaca, banyak yang boleh kita ketahui berbanding kita bercakap. Pasti kita nampak segak dan pandai jika kita banyak membaca dan mampu bercakap dengan penuh berwibawa dengan imu di dada.

#gogoblink #PJS2017 #BlinkBook #programjelajahsekolah

KUMPULAN SORAK SEKOLAH DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016

Hai Blinkers..

Kali ini Tim PJS menjelajah ke SK Liang Batu, Pagoh dan menjejak pengunjung booth BLINK di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) saban tahun. Setiap tahun, sekolah ini akan mengadakan rombongan ke PBAKL membawa pelajar-pelajar yang minat membaca. Inilah antara para pelajar yang bertemu Ain Maisarah di booth BLINK bersempena #PBAKL2016. Jumlah pelajar SK Liang Batu, Pagoh ini hanya 60 orang sahaja. Pelajar yang ada di dalam gambar ini pula ialah pelajar-pelajar yang pergi ke booth BLINK selama 2 tahun berturut-turut. Tahun ini harapnya dapat berjumpa lagi ya.. Cikgu juga siap berpesan pada pelajarnya, “Simpan duit sikit untuk pesta buku pula!” Hehehe…

Tim PJS sangat berbesar hati kerana dapat bersama-sama menyambut Program Nilam bersama para pelajar di sekolah ini. Selain itu, SK Liang Batu juga sungguh bertuah kerana berpeluang untuk mendapatkan buku-buku terbaru keluaran Blink Book yang belum terjual lagi di kedai-kedai buku.. antaranya buku bertajuk Hantu Asrama, Cik Akedemik Lawan Samseng Insaf dan beberapa buah buku lain.

Oleh itu, Tim PJS Blink mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan para pelajar yang kini bergelar Blinkers kerana memeriahkan lagi Program Jelajah Sekolah! Semoga berjumpa lagi di booth #BLINKSSB di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 ^__^

#GoGoBlink2017 #ProgramJelajahSekolah #BlinkBook #PJS2017 #Robita #MaskotBLINK

BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA

Hai Blinkers,

Wah! Tim PJS kali ini sangat berbesar hati manakala Teddy Blink pula merasa terharu apabila menerima “Whatsapp” daripada guru di SK Paya Kemunting Jitra, Kedah. Lihat daripada pesanan yang dihantar melalui “Whatsapps” tersebut menggambarkan kegembiraan seorang guru yang sangat berpuas hati dengan kehadiran Tim PJS bersama bakal penulis baru isitu Abang Rahim Aim 😀 Wah… Itu baru bakal penulis datang melawat tetapi sudah gempak sangat aktiviti PJS. Cuba bayangkan sekiranya Kak AinMaisarah pula yang datang.. Pasti lebih meriah!!

Lebih mengejutkan Tim PJS, pelajar-pelajar di sekolah ini berpusu-pusu mahu melihat buku-buku Blink yang berwarna-warni di meja pameran. Memang padu sungguh sokongan yang diberikan oleh warga sekolah ini! Program Pelancaran NILAM juga berlangsung dengan jayanya kerana pelajar-pelajarnya juga sangat berminat dengan program berilmiah sebegini..

Tim PJS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama serta peluang melawat ke SK Paya Kemunting. Semoga kita dapat bersua lagi pada masa akan datang untuk memberi peluang kepada para pelajar berjumpa dengan penulis atau pelukis Blink Book yang lain.. Insya Allah! Sekiranya, Blinkers yang membaca blog ini juga mahu Tim PJS Blink ke sekolah anda bersama Maskot Blink, penulis atau pelukis Blink Book, bolehlah hubungi Pegawai-pegawai Blink mengikut senarai cawangan di bawah ini ^_^

PJS LEMBAH KLANG : Cik Yani (013-9992905)

PJS MELAKA : Puan Seri (012-2846227)

PJS PANTAI TIMUR : Cik Yani (013-9992905)

PJS UTARA : Tuan Anaqi (019-7673830)

PJS SELATAN: Cik Afiqah (018-9034858)

 

#PJSBLINK #GoGoBlink2017 #BlinkBook #PJS2017 #MaskotBlink

SERONOKNYA DAPAT BUKU SUMBANGAN DARIPADA ROBITA!

Hai Blinkers!

Baru-baru ini Tim PJS pergi melawat warga sekolah SK Sultan Abu Bakar 2, Muar sempena Program Pelancaran Nilam di sekolah itu… Lihatlah gimik perasmian yang sungguh comel ini apabila ada pelajar yang menggenakan pakaian seperti seekor lebah dan arnab yang sangat comel! Wah! Oleh itu Robita mewakili Tim PJS memberikan buku-buku sumbangan Blink Book untuk diletakkan di Pusat Sumber sekolah! Beruntungnya sekolah-sekolah yang dilawat oleh Tim Program Jelajah Sekolah ini ya! Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya, para pelajar SK Sultan Abu Bakar 2 hendaknya ^__^

Pemberian daripada si Robita ini juga adalah satu simbolik untuk menggalakkan pelajar untuk selalu menjenguk dan memasuki Pusat Sumber dan mengamalkan amalan membaca. Sama seperti program “NILAM” yang dilancarkan di sekolah-sekolah. Banyak manfaat yang boleh didapati dengan membaca. Orang yang berjaya adalah orang yang rajin membaca! Oleh itu ayuh kita semua menjadi orang berjaya dengan mulakan langkah bijak iaitu memupuk sikap suka MEMBACA.

Tim PJS mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian SK Sultan Abu Bakar 2 mengadakan Program Jelajah Sekolah. Semoga dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan ya ^__^

#gogoblink #PJS2017 #BlinkBook #maskotBLINK #Robita #programjelajahsekolah

MISTERI BUNGKUSAN DUIT SYILING DI MEJA PAMERAN

Hai Blinkers…

Hah.. seperti biasa Tim PJS kali ini melawat SK Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru. Apa yang menarik di sekolah ini adalah apabila Pegawai PJS menerima bungkusan duit syiling di meja pameran yang bernilai RM9.90 untuk mendapatkan komik Ultra Qalif.. Bagus sungguh pelajar lelaki itu.. Hehe! Siap bawa bungkusan duit syiling yang dikumpul dari tabung di rumah 😃 Namun malangnya, Pegawai PJS tidak sempat mahu menemu-ramah kerana dapat sahaja buku di tangan, pelajar tersebut terus lesap hilang tanpa jejak! Amboi memang tidak sabar sangat mahu membaca buku itu ^_^

Contoh sebegini yang perlu diterapkan dalam hati pelajar lain iaitu sikap suka menabung… apalah sangat kalua mahu melaburkan sedikit wang untuk membeli bahan ilmiah berbanding membeli kredit Top Up yang lebih besar nilainya yang hanya sekadar untuk melanggan internet di telefon pintar Blinkers.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Hehe.

Tim PJS mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pihak sekolah semoga akan terus maju jaya. Seterusnya, kepada para pelajar yang sungguh sporting dan meletop, Tim PJS mengucapkan selamat membaca buku-buku baru yang dibeli dan jangan berhenti untuk terus menyokong Blink Book!

#GoGoBlink2017 #PJS2017 #BlinkBook #programjelajasekolah

ARNAB PUN MINAT BELAJAR DI TAMAN SAINS!

Hai Blinkers, kali ini tim PJS menjelajah ke SK Taman Desa Skudai. Amboi, di sekolah ini Penulis juga Pelukis BLINK, Aman Wan dapat pengalaman baru apabila kehadirannya disambut ceria di sekolah yang mempunyai sebuah Taman Sains yang terletak di sebelah pondok pengawal.

Di dalam taman itu terdapat pelbagai tumbuhan cantik yang siap dengan nama agar pelajar dapat belajar mengenal tumbuhan seperti pokok bunga orkid, pokok bunga ati-ati dan pokok bunga butang. Paling menarik lagi, taman tersebut mempunyai beberapa ekor arnab yang comel dan gebu! Wahh.. Sekolah Blinkers ada haiwan apa pula… Selain nyamuk, cicak dan semut? Hehe!

Terima kasih SK Taman Desa Skudai kerana menjemput tim PJS dan Aman Wan untuk berkongsi ilmu dalam bengkel penulisan. Memang khusyuk sangat para pelajar melihat Abang Aman berkongsi tip-tip menjadi penulis cilik yang hebat.

Sememangnya untuk menjadi seorang penulis novel tidaklah susah, tetapi untuk mendapat idea yang hebat itu yang sedikit sukar. Salah satu tip yang Tim PJS mahu bocorkan untuk mendapat idea yang hebat adalah dengan MEMBACA. Oleh itu, jadikan aktiviti membaca sebagai satu tabiat kerana nadi ilmu adalah dengan amalan membaca. Banyak lagi tip lain sebenarnya! Sekiranya Blinkers mahu tahu, marilah jemput Tim PJS ke sekolah Blinkers dan kita akan beraktiviti bersama dengan penuh riang lagi bermanfaat!

Akhir kata, pihak Tim PJS sangat bertuah kerana dapat melawat sekolah yang sanagat cantik dan sungguh indah ini. Harap pada masa akan datang, SK Taman Desa Skudai ini terus menambahkan lagi flora dan fauna yang indah serta unik, atau manalah tahu taman sekolah ini mahu dicat kepada warna BLINK pula.. Hehe! Semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang. Terus maju jaya SK Taman Desa Skudai! Terbaikkkkk!!!!!

ROBITA TERPUKAU DEK MAGIS CIKGU

Pada bulan lepas, tim PJS Melaka melawat sekolah yang sangat hebat dan bukan calang-calang sekolahnya kerana ini merupakan sekolah kluster Pandu Puteri. Wah… Inilah dia Sekolah Kebangsaan Chenderah.

Tim PJS mahu kongsikan sedikit info mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM). Persatuan ini ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbirannya ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957. Hah.. Asas Pandu Puteri sebenarnya sama seperti Pengakap tetapi Pandu Puteri khas untuk pelajar perempuan sahaja.

Untuk pengetahuan Blinkers, SK Chenderah juga telah menghantar wakil Malaysia bagi program perkhemahan di Australia. Wah! Untungnya para pelajar yang dapat menyertai program tersebut.. Tahniah Tim PJS ucapkan di atas kejayaan yang telah dikecapi dan semoga terus berjaya lagi.

Namun begitu, bukan hanya sekadar ko-kurikulum yang perlu gempak. Tetapi akedemik juga perlu mantap. Hebat dari segi ko-kurikulum tidak membantu markah akademik yang kurang ya.. Jadi para pelajar perlu bijak untuk mengatur masa.. Contohnya jika ada waktu yang terluang cubalah selak 1 atau 2 helaian buku dari apa-apa jenis bacaan dan bukan hanya berborak dan termenung gigit kuku menunggu cikgu datang masuk ke kelas sementara subjek seterusnya.

Bacalah buku kerana dengan membaca, banyak yang boleh kita ketahui berbanding kita bercakap. Tetapi pasti kita nampak segak dan pandai jika kita banyak membaca dan mampu bercakap dengan penuh berwibawa dengan imu di dada.

Tim PJS mengucapkan terima kasih kepada pihak SK Chenderah yang menjemput Robita bersama-sama menghiburkan para pelajar bagi Program Pelancaran NILAM. Terima kasih kerana menyokong dan menggalakkan para pelajar untuk mengikuti Program NILAM yang sangat bermanfaat kepada generasi masa sekarang khususnya. Selamat maju jaya SK Chenderah. Yeaaaayyyyy!!!! Sampai jumpa lagi, Robita rindu pada semua.