Hai Blinkers, kali ini tim PJS menjelajah ke SK Taman Desa Skudai. Amboi, di sekolah ini Penulis juga Pelukis BLINK, Aman Wan dapat pengalaman baru apabila kehadirannya disambut ceria di sekolah yang mempunyai sebuah Taman Sains yang terletak di sebelah pondok pengawal.
Di dalam taman itu terdapat pelbagai tumbuhan cantik yang siap dengan nama agar pelajar dapat belajar mengenal tumbuhan seperti pokok bunga orkid, pokok bunga ati-ati dan pokok bunga butang. Paling menarik lagi, taman tersebut mempunyai beberapa ekor arnab yang comel dan gebu! Wahh.. Sekolah Blinkers ada haiwan apa pula… Selain nyamuk, cicak dan semut? Hehe!
Terima kasih SK Taman Desa Skudai kerana menjemput tim PJS dan Aman Wan untuk berkongsi ilmu dalam bengkel penulisan. Memang khusyuk sangat para pelajar melihat Abang Aman berkongsi tip-tip menjadi penulis cilik yang hebat.
Sememangnya untuk menjadi seorang penulis novel tidaklah susah, tetapi untuk mendapat idea yang hebat itu yang sedikit sukar. Salah satu tip yang Tim PJS mahu bocorkan untuk mendapat idea yang hebat adalah dengan MEMBACA. Oleh itu, jadikan aktiviti membaca sebagai satu tabiat kerana nadi ilmu adalah dengan amalan membaca. Banyak lagi tip lain sebenarnya! Sekiranya Blinkers mahu tahu, marilah jemput Tim PJS ke sekolah Blinkers dan kita akan beraktiviti bersama dengan penuh riang lagi bermanfaat!
Akhir kata, pihak Tim PJS sangat bertuah kerana dapat melawat sekolah yang sanagat cantik dan sungguh indah ini. Harap pada masa akan datang, SK Taman Desa Skudai ini terus menambahkan lagi flora dan fauna yang indah serta unik, atau manalah tahu taman sekolah ini mahu dicat kepada warna BLINK pula.. Hehe! Semoga berjumpa lagi pada tahun akan datang. Terus maju jaya SK Taman Desa Skudai! Terbaikkkkk!!!!!