10 PERPUSTAKAAN SUPER UNIK DI SELURUH DUNIA. NOMBOR 9 BUATKAN ANDA TABIK SPRING!

Tahukah Blinkers, perpustakaan merupakan sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai khazanah dunia dengan beratus-ratus koleksi sumber maklumat. Bagi Blinkers yang gila buku, sememangnya satu hari tidak cukup untuk meluangkan masa di perpustakaan kerana terlalu banyak buku yang tersusun rapi menanti diambil dan dibuka sebelum pembacanya dibawa meneroka dan mengembara dunia ilmu! Sebuah perpustakaan yang selesa akan membuatkan lebih ramai pembaca buku dapat meluangkan masa dengan tenang dikelilingi segala macam buku! Tim PJS BLINK juga sudah melihat beratus-ratus perpustakaan di sekolah seluruh Malaysia. Ini pula antara 10 perpustakaan seluruh dunia yang super unik!

1. Perpustakaan Bandar Stuttgart – Stuttgart, Jerman

Perpustakaan ini telah direka oleh seorang arkitek bernama Korea Eun Young Yi, dan dibuka pada tahun 2011 untuk mengumpulkan penduduk tempatan, peminat buku, dan arkitek. Perpustakaan ini mempunyai dua warna Rubik’s Cube, dan dikenali sebagai penjara blok berbentuk buku, selain persekitaran yang kurang terbuka. Namun demikian, dengan adanya corong tangga menghubungkan aras buku menuju ke bahagian berserta ruang tempat duduk yang selesa tersembunyi, ia kelihatan lebih seperti syurga kepada para pencinta buku.

2. Perpustakaan Awam Taipei – Beitou, Taiwan

Sistem Perpustakaan Awam Taipei, cawangan Beitou merupakan bangunan pertama di Taiwan yang menerima penarafan EEWH yang paling tinggi – Kedudukan berlian – menjadikannya bangunan yang paling peka terhadap alam sekitar di negara ini. Perpustakaan ini dibina daripada kayu hutan yang diurus secara mampan, malah perpustakaan ini juga menggunakan sel-sel fotovoltaik untuk menjana kuasa, mempunyai lapisan penebat 20 sentimeter tanah di atas bumbung, dan menggunakan air hujan yang dikumpul untuk mengepam tandas. Paling penting, mereka mempunyai buku!

3. Perpustakaan Pusat – Amsterdam, Belanda

Perpustakaan Pusat Amsterdam, adalah perpustakaan terbesar di Belanda dengan keluasan 28,000 meter persegi. Apa yang unik tentang perpustakaan ini ialah sistem pemanasan sumber tanah ditambah pula dengan jentera tenaga wap yang sangat berkesan bagi menyerap udara atmosfera untuk penyejukan. Di samping itu, ada juga bumbung panel solar, bahan-bahan bangunan mampan dan Jangka Panjang Sistem Storan Tenaga, membuatkan Perpustakaan Pusat ini sebagai bangunan paling mesra alam di Amsterdam.

4. Trinity College Bilik Long – Dublin, Ireland

Siapa sangka Universiti tertua di Ireland, Trinity College, juga merupakan lokasi perpustakaan terbesar di Ireland. Koleksi buku tertua dan jarang ditemui ditempatkan di sebuah bilik yang dipanggil sebagai ‘Long Room’; satu ruang yang terbesar di dunia dengan lebih daripada 200,000 jilid dipelihara di dalamnya. Selain terkenal kerana menempatkan salah satu lambang kebangsaan Ireland, ‘Long Room’ juga pernah menjadi tajuk utama berita kerana menyediakan khidmat sebagai inspirasi “tidak rasmi” untuk Arkib Jedi dalam Star Wars, Episode II: Attack of the Clones.

5. Biara St. Catherine – South Sinai, Mesir

Perpustakaan tertua ini masih terus dikendalikan di dunia. Biara St. Catherine telah wujud sejak mula dibina oleh pemerintah zaman Maharaja Byzantine Justinian I, sekitar 564 Masihi. Perpustakaan ini kini mempunyai lebih daripada 3,000 manuskrip agama dan pendidikan dan kira-kira 8,000 buku yang dicetak, termasuk edisi pertama Homer dan Plato.

6. Library Book Picture – Iwaki City, Jepun

Dibina pada tahun 2005, Library Book Picture memberikan kanak-kanak prasekolah Iwaki, Fukushima, ruang mereka yang tersendiri. Pengasas kepada perpustakaan tradisional ini, memberi kebebasan kepada arkitek, Tadao Ando untuk mewujudkan ruang yang akan menarik minat kanak-kanak ke perpustakaan. Satu-satunya arahan yang diberikan hanyalah untuk memastikan muka buku itu kelihatan. Hasil binaan berdinding kaca itu akhirnya disambut dengan meriah sebagai paradigma baru dalam ruang pendidikan di Jepun, dan sebagai karya seni bina.

7. Royal Grammar School Chained Library – Guildford, England

Ditubuhkan pada awal 1500-an, Royal Grammar School Chained Library masih mengamalkan perantaian buku ke rak bagi beberapa bahagian rak buku. Sistem amalan ini membolehkan buku penting atau berguna diletakkan di kawasan umum untuk penelitian awam dan bukannya dikunci. Perpustakaan ini juga mempunyai koleksi buku yang bertarikh lewat tahun 1400an, termasuk dua edisi awal Sir Isaac Newton Principia.

8. Perpustakaan Awam Boston – Boston, Amerika Syarikat

Dibuka pada tahun 1848, Perpustakaan Awam Boston ialah perpustakaan kedua terbesar di Amerika Syarikat, dengan koleksi buku lebih dari 24 juta naskhah. Perpustakaan awam pertama ini juga merupakan perpustakaan yang terbuka secara percuma untuk semua dan yang pertama mengaktifkan sistem pinjaman buku kepada pelawat.

9. Kelab Membaca 2000 – Manila, Filipina

Sumber Gambar: Cik Ma. Patricia Nabong

Kelab Membaca 2000 bermula apabila Hernando Guanlao – dikenali sebagai Nanie – berusaha mencari jalan untuk menghormati memori ibu bapanya, yang menerapkan budaya membaca. Beliau meletakkan koleksi buku teks lama sendiri di luar rumahnya di Manila untuk melihat sekiranya ada orang yang akan tertarik untuk meminjam. Rupa-rupanya memang ada yang berminat untuk meminjam! 12 tahun kemudian, perpustakaan Nanie berkembang dan mengandungi ruang yang mengumpulkan sekitar 2500 buah buku. Nanie sendiri menjalankan perkhidmatan “Basikal buku” dengan cara menyampaikan bahan bacaan kepada masyarakat paling miskin di Manila.

10. Library of Congress – Washington, DC, Amerika Syarikat

Sumber Gambar: https://www.flickr.com/photos/maveric2003/

Perpustakaan Awam McAllen ini mungkin merupakan perpustakaan satu tingkat yang terbesar di negara ini, tetapi Perpustakaan Kongres di Washington, DC ialah perpustakaan terbesar di dunia dengan lebih 151.800.000 bahan bacaan ditempatkan di atas rak buku sepanjang 838 batu. Paling unik, perpustakaan ini juga mempunyai koleksi buku terkecil – 1/25 “x 1/25” salinan Old King Cole, iaitu muka suratnya hanya boleh diselak dengan menggunakan jarum.

Sumber: https://matadornetwork.com/trips/15-super-unique-libraries-around-the-world-pics/

TRANSFAMOUS MENJADI SUPER BODYGUARD DI SK PASIR GUDANG 2, JOHOR BAHRU

Hari ini Transfamous mendapat jemputan ke SK Pasir Gudang 2. Apa yang Transfamous buat di sekolah ini? Jeng, jeng, jeng! Transfamous menjadi “Super Bodyguard” kepada pelukis dan penulis hebat Blink Book iaitu Aman Wan .. Eh! Transfamous menjadi “Super Bodyguard” sama seperti novel hebat karya Aman Wan iaitu Aku Mahu Super Bodyguard. Transfamous dan Aman Wan dijemput bagi memeriahkan lagi Program Pelancaran Nilam peringkat sekolah SK Pasir Gudang 2.

Istimewanya di sekolah ini, Transfamous, Abang Aman Wan dan Pegawai PJS Selatan dihiburkan dengan persembahan bercerita daripada adik Usyair yang baru berusia 7 tahun. Adik Usyair mula minat bercerita sejak umur 5 tahun atas galakan bapanya. Khabarnya juga, abang kepada Usyair yang merupakan bekas pelajar sekolah ini juga pernah menang pertandingan bercerita. Tidak boleh dinafikan lagi adik-beradik ini sememangnya petah berbicara.

Lihatlah, galakan daripada ibu bapa memang akan menambahkan lagi semangat di samping menjadi sokongan kepada kita. Oleh itu, Blinkers juga perlu juga menghargai sokongan daripada guru-guru dan ibu bapa yang cuba menerapkan amalan membaca melalui penganjuran Program NILAM. Jika galakan membaca dipupuk sejak usia muda, nescaya akan menjadi amalan mulia malah hobi di kala senggang, daripada asyik leka dengan gajet dan teknologi yang disalah-guna.

Terima kasih diucapkan kepada SK Pasir Gudang 2 kerana menjemput tim PJS. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terimalah serangkap pantun daripada tim PJS..

Zapin ditari si anak cina,
Penonton bersorak penuh gembira,
Terima kasih tidak terhingga,
Semoga SK Pasir Gudang 2 terus maju jaya!

RASHIELA NURAIN SELAMI JIWA REMAJA

Wah, banyaknya gambar-gambar Program Jelajah Sekolah! Untuk pengetahuan Blinkers, artikel mengenai Kak Rashiela Nurain telah dipaparkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 17 Mac 2017. Dalam paparan artikel tersebut, gambar-gambar sepanjang Kak Shiela mengikuti Program Jelajah Sekolah Blink turut menghiasi paparan akhbar. Beruntungnya gambar sekolah-sekolah yang dipaparkan, Teddy Blink pun terkembang-kembang hidung dapat masuk surat khabar! Hehehe.

Berdasarkan artikel ini, Kak Rashiela yang ditemubual menyatakan, aktiviti Program Jelajah Sekolah ini merupakan salah satu usaha penulis untuk menerapkan amalan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah selain menjadikan bahan bacaan yang betul sebagai sumber bacaan serta membantu meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran menulis.

Buku-buku karya BLINK Book yang menggunakan Bahasa Melayu Standard juga sangat mengutamkan bahan cerita yang mematuhi syariah supaya dapat dijadikan sumber yang bermaanfaat bagi rujukan pembaca-pembaca.

Diharapkan sekolah-sekolah yang pernah dijelajahi oleh tim PJS memperoleh manfaat daripada perkongsian penulis-penulis jemputan di samping berhibur bersama maskot-maskot yang ceria dan bergaya. 😃

 

SEKOLAH KELAHIRAN PENULIS-PENULIS TUNAS SUPER

Siapa sangka, di salah sebuah sekolah di Sungai Petani, merupakan lokasi SK Ambangan Height yang telah melahirkan dua orang penulis muda! Hasil karya dua orang penulis muda ini telah diterbitkan dalam buku Tunas Super oleh PTS.

Sewaktu tim Program Jelajah Sekolah Utara berkunjung ke sekolah ini, Kak Hazira Hanapi sempat berkenalan dengan Aisyah Soleha binti Mursyiri, yang telah menulis cerpen bertajuk Lelaki Itu. Hasil karya adik Aisyah ini telah diterbitkan dalam buku Tunas Super : Certot #2 Antalogi Cerita Kontot : Sukan. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya abang kepada Aisyah juga merupakan penulis Tunas Super namun kini sudah melangkah masuk ke Sekolah Menengah. Buku abangnya, Ahmad Nabil Musyiri turut diterbitkan oleh PTS dalam buku Tunas Super: Robot dalam Poket (BOT).

Tim PJS sangat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar di SK Ambangan Height. Rupa-rupanya ramai juga pelajar sekolah ini yang berminat untuk menjadi penulis dan pelukis komik berdasarkan survei yang dibuat oleh Kak Hazira Hanapi sewaktu bersama dengan pelajar-pelajar tahap 2 sepanjang bengkel penulisan.

Minat membaca telah ditanam dalam diri setiap pelajar dan sekolah ini telah berjaya menjadikan membaca sebagai satu amalan oleh pelajar-pelajarnya. Dalam gambar di atas ini, pelajar yang bertudung kuning, Rusmiza Atira bt Ramli merangkap Pengawas Pusat Sumber, awal-awal lagi telah berpakat dengan kawan-kawannya untuk memborong buku bagi melengkapkan koleksi buku mereka. Mereka juga gemar meluangkan masa di perpustakaan bersama. Dalam mengeratkan ikatan persahabatan, mereka juga telah berazam untuk sama-sama menjadi Tokoh Nilam tiga sekawan! Caiyok caiyok!

CIPTA JALUR GEMILANG, LOGO 1 MALAYSIA GUNA CD DAN BOTOL

Wah, menurut tim Program Jelajah Sekolah di Johor, SK Permas Jaya 3 telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila warga sekolah bekerjasama menyiapkan sebuah bendera bersaiz gergasi serta logo 1 Malaysia yang diperbuat daripada 2,361 keping cakera padat (CD) dan 829 biji botol plastik.

Malah, tim PJS juga dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa kerjasama yang dijalankan ini bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah, tetapi ibu bapa juga turut sama menyokong usaha ini di samping menyumbangkan bahan kitar semula kepada pihak sekolah.

Jika dilihat dari gambar dari sudut dekat ini, kerja-kerja penciptaan Jalur Gemilang dan Logo 1 Malaysia ini memang sangat teliti. Setiap bahan dicat serta disusun rasmi oleh warga sekolah yang terlibat iaitu guru, para pelajar, staf sokongan, dan juga ibu bapa yang turut turun padang selepas waktu persekolahan. Wah, ini memang kerja 1 Malaysia!

Warga BLINK tabik spring pada SK Permas Jaya 3, Johor Bahru! Apa yang penting? KERJASAMA!

TRANSFAMOUS BERSAMA CALON-CALON TOKOH NILAM NEGERI JOHOR

Pada 13 Mac 2017, Program Penilaian Calon Nilam Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Johor. Seramai 44 orang pelajar telah dicalonkan sebagai Penerima Anugerah Nilam; 22 pelajar merupakan calon sekolah rendah, dan bakinya ialah pelajar-pelajar yang dicalonkan bagi kategori sekolah menengah.

Keesokannya pula, Transfamous telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Penyampaian Anugerah Nilam di Sekolah Menengah Teknik, Johor. Lihatlah betapa gembiranya wajah calon-calon Penerima Anugerah Nilam, apabila nama mereka diumumkan. Nampak berbaloi apabila aktiviti membaca dijadikan amalan, membentuk insan juga memupuk tauladan buat pelajar-pelajar yang lain.

Robot Transfamous turut menumpang populariti dan terkembang-kembang pipi apabila dapat bergambar bersama di atas pentas sewaktu pelajar SMK Sultan Ismail, Mohammad Ali Izzat bin Mohamed Sanaf diumumkan sebagai Tokoh Nilam 2017, Negeri Johor.

Alhamdulillah, warga BLINK mengucapkan tahniah kepada adik Mohammad Ali Izzat! Semoga amalan yang mulia ini diteruskan dan dapat menjadi contoh kepada pelajar lain. Bukan itu sahaja, warga BLINK turut berbangga dan kini mampu menyatakan, pelajar lelaki juga ada yang minat membaca!

Program Jelajah Sekolah Ke Gelanggang Bowling

Hai Blinkers… Hah! semua tertanya-tanya apa itu Blinkers? Blinkers adalah gelaran bagi pembaca buku Blink.. Program Jelajah Sekolah Blink (PJS Blink) pada 6 Mac ke Sk Taman Rinting 2. Setiba di sekolah itu, tim PJS terkejut melihat ada Pin Bowling Gergasi di sekolah itu. Bila bertanya pada guru di sekolah itu, Rupa-rupanya kebitaraan di sekolah itu sains dan bowling. Lebih seronok lagi ada pelajar yang mewakili malaysia dalam sukan bowling. Siap masuk didlam surat khabar ..hebat sungguh pelajar di Sk Taman Rinting 2 …

Tim PJS BLINK berbesar hati kerana dapat bersama-sama menyambut program Nilam bersama para pelajar di SK Taman Rinting 2. Selain itu, Sk Taman Rinting 2 sungguh bertuah kerana berpeluang berjumpa penulis istimewa iaitu Abang Khairil. Buku abang Khairil yang bertajuk Gadis Novel Lawan Budak Komik seperti satay panas di meja pameran kerana jalan cerita yng sangat kelakar dan penuh dengan teladan.

Pihak PJS Blink mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, ibubapa serta para pelajar Sk Taman Rinting 2 yang sangat “sporting”. Semua boleh berjumpa lagi di tahun hadapan dan jangan serik untuk berkongsi cerita dan pencapaian sukan bowling yang hebat bersama Blink Book. Oh yaa..mungkin ada buku yang boleh ditulis berdasarkan sekolah ini.. ” Mr. Saintis lawan Gadis Super Bowling ” Wah… apa lagi terus menyokong Blink Book ya …

KELAS PALING BLINK

Wah, cuba teka apa sinonimnya kelas ini dengan BLINK? Mestilah warna temanya iaitu BIRU dan PINK! Kelas ini memang sangat-sangat BLINK! Gambar ini diambil dari salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Dato’ Ishak. Rupa-rupanya guru kelas ini memang sentiasa mengikuti perkembangan BLINK dan selalu mendapatkan buku-buku terbaru BLINK.

Wah, terharunya! Suatu hari nanti, Program Jelajah Sekolah pasti akan melawat SK Dato’ Ishak ini! ^___^

Seronoknya juga kan kalau ada lagi kelas-kelas lain ataupun perpustakaan sekolah yang bertemakan warna biru dan pink! Sekiranya ada, sila kongsikan gambar dengan tim PJS, nanti kita akan cuba jadual waktu yang bersesuai untuk pihak PJS melawat sekolah! Bolehlah sekolah Blinkers masuk Blog PJS!

BLOG_3a – KELAS BLINK
BLOG_3b – KELAS BLINK
BLOG_3d – KELAS BLINK
BLOG_3c – KELAS BLINK

PERTANDINGAN MEWARNA MASKOT MILO – BULAN PSS SK TAMAN PERMATA

Wah, sekali tengok macam kenal sahaja gambar lukisan ini? Dua kali tengok… Ya, memang betul! Ini Maskot BLINK yang bernama Milo! Kucing ajaib di alam dongeng, si Milo sememangnya ada bermacam ragam sepanjang pengembaraan di alam Dongeng Sri Bangsar! Tidak cukup dengan itu, kini si Milo semakin rajin pula menjelajah sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang! Hehehe.

Paling tidak disangka-sangka, lukisan ini sebenarnya merupakan hasil karya salah seorang cikgu di SK Taman Permata, KL. Wah, cikgu memang sudah jatuh cinta betul dengan Maskot Milo ya, sampaikan tak tidur malam mahu melukis gambar Milo. Hehehe.

Lukisan ini telah diedarkan kepada pelajar-pelajar SK Taman Permata yang ingin menyertai pertandingan mewarna bersempena dengan Bulan PSS. Selain itu juga, Maskot Milo turut hadir memeriahkan aktiviti. Haa, bukan itu sahaja.. Dengar cerita, para pemenang mendapat hadiah yang disumbangkan oleh BLINK! Yay! Mestilah Milo mahu berikan sendiri hadiah kepada pelajar-pelajar yang telah mewarna dirinya dengan cantik!

Seronoknya Bulan PSS!! ^___^

UPACARA PECAH TABUNG DI MEJA PAMERAN?

Dengar cerita ada upacara pecah tabung di meja pameran PJS tadi? Betulkah?

Continue reading