Program Jelajah Sekolah BLINK

PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK MEMBERI PENDEKATAN BARU BUAT PARA PELAJAR SEKOLAH

Dengan rasa tanggungjawab terhadap amalan membaca di kalangan para pelajar sekolah, pihak syarikat kami BLINK TRADING SDN. BHD. telah mengadakan satu inisiatif tahunan dengan ‘turun padang’ ke sekolah-sekolah di dalam Semenanjung Malaysia dengan membawa ratusan bahan bacaan ilmiah buat para pelajar sekolah samada peringkat rendah dan menengah.

Disamping menjual bahan-bahan bacaan, para pelajar juga berpeluang mendekati dan menimba ilmu, pengalaman serta pengetahuan para penulis dari syarikat kami. Para pelajar juga berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan daripada para penulis seperti Ain Maisarah, Izanor Sharif, Azanil Fitri, Aman Wan dan ramai lagi.

Puan Khairulaniza Khairuddin

Puan Khairulaniza Khairuddin SMK Seri Teja

Saya amat berterima kasih kerana Puan AinMaisarah dan Tim BLINK TRADING SDN. BHD kerana menjayakan Minggu Bahasa sekolah saya. Tiga aktiviti yang dijalankan meliputi Ceramah Penulisan Novel, Sesi Bertemu Peminat dan Pameran Buku. Pelajar lelaki juga tertarik untuk membaca buku-buku yang dibawa oleh Tim Blink.

Puan Falisciana

Puan Falisciana SK Taman Melawati

Penulis telah datang bagi memberikan pendedahan awal kepada murid tentang kerjaya sebagai seorang penulis. Sambutan daripada semua warga sekolah amat memberansangkan. Program ini perlu diteruskan supaya dapat melahirkan lebih ramai penulis muda. Sekalung penghargaan kepada pasukan Program Jelajah Sekolah BLINK atas sokongan dan kerjasama.

APAKAH PJS BLINK?

Kami bawakan lebih 150 judul novel dan buku motivasi daripada penerbitan PTS yang terbaik di pasaran. Marilah melawat ke meja pameran dan jualan buku
sepanjang kami berada di sekolah ini

SOALAN LAZIM PJS BLINK

[ultimate-faqs include_category=’soalan-lazim-pjs-blink’ ]