Category: PJS SELATAN

IMAM MUDA KOMIK-KAW!

Tidak sangka komik mendapat sambutan hangat dikalangan Iman muda SRA Bersepadu Sg. Abong Muar. Seronok sungguh Tim PJS berjumpa dengan para pelajar di sekolah ini. Semua ini pelajarnya sungguh sopan santun lembut segak-segak semuanya ^_^

BOOKISH FRIENDS FOREVER

Emyliana terpisah bersama rakan-rakan baiknya ketika di sekolah rendah kerana melanjutkan pengajian di tahap sekolah menengah. Tetapi dia tetap cuba untuk mengukuhkan persahabatan bersama dengan sahabat sekolah rendah kerana minat mereka terhadap buku sama.

SELAMANYA BLINK BOOK SELAMANYA…

Hari ini Tim PJS sangat berbangga dan berbesar hati mahu berkongsi cerita tetang sahabat kita Nur Atiqah Binti Akhbar bersekolah di SMK Tun Syed Ismail, Johor Bahru. Atiqah kini belajar di tingkatan 1 dan sudah mula mengenal novel Blink Book karya Ain Maisarah ketika berusia 10 tahun (darjah 4)

KUMPULAN SORAK SEKOLAH DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016

Hai Blinkers.. Kali ini Tim PJS menjelajah ke SK Liang Batu, Pagoh dan menjejak pengunjung booth BLINK di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) saban tahun. Setiap tahun, sekolah ini akan mengadakan rombongan ke PBAKL membawa pelajar-pelajar yang minat membaca. Inilah antara para pelajar yang bertemu Ain Maisarah di booth BLINK bersempena #PBAKL2016. Jumlah pelajar …

Continue reading

SERONOKNYA DAPAT BUKU SUMBANGAN DARIPADA ROBITA!

Hai Blinkers! Baru-baru ini Tim PJS pergi melawat warga sekolah SK Sultan Abu Bakar 2, Muar sempena Program Pelancaran Nilam di sekolah itu… Lihatlah gimik perasmian yang sungguh comel ini apabila ada pelajar yang menggenakan pakaian seperti seekor lebah dan arnab yang sangat comel! Wah! Oleh itu Robita mewakili Tim PJS memberikan buku-buku sumbangan Blink …

Continue reading

MISTERI BUNGKUSAN DUIT SYILING DI MEJA PAMERAN

Hai Blinkers… Hah.. seperti biasa Tim PJS kali ini melawat SK Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru. Apa yang menarik di sekolah ini adalah apabila Pegawai PJS menerima bungkusan duit syiling di meja pameran yang bernilai RM9.90 untuk mendapatkan komik Ultra Qalif.. Bagus sungguh pelajar lelaki itu.. Hehe! Siap bawa bungkusan duit syiling yang dikumpul …

Continue reading

ARNAB PUN MINAT BELAJAR DI TAMAN SAINS!

Hai Blinkers, kali ini tim PJS menjelajah ke SK Taman Desa Skudai. Amboi, di sekolah ini Penulis juga Pelukis BLINK, Aman Wan dapat pengalaman baru apabila kehadirannya disambut ceria di sekolah yang mempunyai sebuah Taman Sains yang terletak di sebelah pondok pengawal. Di dalam taman itu terdapat pelbagai tumbuhan cantik yang siap dengan nama agar …

Continue reading

TRANSFAMOUS MENJADI SUPER BODYGUARD DI SK PASIR GUDANG 2, JOHOR BAHRU

Istimewanya di sekolah ini, Transfamous, Abang Aman Wan dan Pegawai PJS Selatan dihiburkan dengan persembahan bercerita daripada adik Usyair yang baru berusia 7 tahun. Adik Usyair mula minat bercerita sejak umur 5 tahun atas galakan bapanya. Khabarnya juga, abang kepada Usyair yang merupakan bekas pelajar sekolah ini juga pernah menang pertandingan bercerita. Tidak boleh dinafikan lagi adik-beradik ini sememangnya petah berbicara.

CIPTA JALUR GEMILANG, LOGO 1 MALAYSIA GUNA CD DAN BOTOL

Wah, menurut tim Program Jelajah Sekolah di Johor, SK Permas Jaya 3 telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila warga sekolah bekerjasama menyiapkan sebuah bendera bersaiz gergasi serta logo 1 Malaysia yang diperbuat daripada 2,361 keping cakera padat (CD) dan 829 biji botol plastik. Malah, tim PJS juga dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa kerjasama yang dijalankan …

Continue reading

TRANSFAMOUS BERSAMA CALON-CALON TOKOH NILAM NEGERI JOHOR

Pada 13 Mac 2017, Program Penilaian Calon Nilam Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Johor. Seramai 44 orang pelajar telah dicalonkan sebagai Penerima Anugerah Nilam; 22 pelajar merupakan calon sekolah rendah, dan bakinya ialah pelajar-pelajar yang dicalonkan bagi kategori sekolah menengah. Keesokannya pula, Transfamous telah dijemput bagi memeriahkan Majlis …

Continue reading