Author's posts
Apr 03
10 PERPUSTAKAAN SUPER UNIK DI SELURUH DUNIA. NOMBOR 9 BUATKAN ANDA TABIK SPRING!
Tahukah Blinkers, perpustakaan merupakan sebuah bangunan yang menyimpan pelbagai khazanah dunia dengan beratus-ratus koleksi sumber maklumat. Bagi Blinkers yang gila buku, sememangnya satu hari tidak cukup untuk meluangkan masa di perpustakaan kerana terlalu banyak buku yang tersusun rapi menanti diambil dan dibuka sebelum pembacanya dibawa meneroka dan mengembara dunia ilmu! Sebuah perpustakaan yang selesa akan membuatkan lebih ramai pembaca buku dapat meluangkan masa dengan tenang dikelilingi segala macam buku! Tim PJS BLINK juga sudah melihat beratus-ratus perpustakaan di sekolah seluruh Malaysia. Ini pula antara 10 perpustakaan seluruh dunia yang super unik!
Mar 31
TRANSFAMOUS MENJADI SUPER BODYGUARD DI SK PASIR GUDANG 2, JOHOR BAHRU
Istimewanya di sekolah ini, Transfamous, Abang Aman Wan dan Pegawai PJS Selatan dihiburkan dengan persembahan bercerita daripada adik Usyair yang baru berusia 7 tahun. Adik Usyair mula minat bercerita sejak umur 5 tahun atas galakan bapanya. Khabarnya juga, abang kepada Usyair yang merupakan bekas pelajar sekolah ini juga pernah menang pertandingan bercerita. Tidak boleh dinafikan lagi adik-beradik ini sememangnya petah berbicara.
Mar 28
RASHIELA NURAIN SELAMI JIWA REMAJA
Berdasarkan artikel ini, Kak Rashiela yang ditemubual menyatakan, aktiviti Program Jelajah Sekolah ini merupakan salah satu usaha penulis untuk menerapkan amalan membaca dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah selain menjadikan bahan bacaan yang betul sebagai sumber bacaan serta membantu meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran menulis.
Mar 22
CIPTA JALUR GEMILANG, LOGO 1 MALAYSIA GUNA CD DAN BOTOL
Wah, menurut tim Program Jelajah Sekolah di Johor, SK Permas Jaya 3 telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila warga sekolah bekerjasama menyiapkan sebuah bendera bersaiz gergasi serta logo 1 Malaysia yang diperbuat daripada 2,361 keping cakera padat (CD) dan 829 biji botol plastik. Malah, tim PJS juga dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa kerjasama yang dijalankan …
Mar 19
TRANSFAMOUS BERSAMA CALON-CALON TOKOH NILAM NEGERI JOHOR
Pada 13 Mac 2017, Program Penilaian Calon Nilam Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Johor. Seramai 44 orang pelajar telah dicalonkan sebagai Penerima Anugerah Nilam; 22 pelajar merupakan calon sekolah rendah, dan bakinya ialah pelajar-pelajar yang dicalonkan bagi kategori sekolah menengah. Keesokannya pula, Transfamous telah dijemput bagi memeriahkan Majlis …
Mar 16
Program Jelajah Sekolah Ke Gelanggang Bowling
Hai Blinkers… Hah! semua tertanya-tanya apa itu Blinkers? Blinkers adalah gelaran bagi pembaca buku Blink.. Program Jelajah Sekolah Blink (PJS Blink) pada 6 Mac ke Sk Taman Rinting 2. Setiba di sekolah itu, tim PJS terkejut melihat ada Pin Bowling Gergasi di sekolah itu. Bila bertanya pada guru di sekolah itu, Rupa-rupanya kebitaraan di sekolah …
Mar 13
KELAS PALING BLINK
Wah, cuba teka apa sinonimnya kelas ini dengan BLINK? Mestilah warna temanya iaitu BIRU dan PINK! Kelas ini memang sangat-sangat BLINK! Gambar ini diambil dari salah sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Dato’ Ishak. Rupa-rupanya guru kelas ini memang sentiasa mengikuti perkembangan BLINK dan selalu mendapatkan buku-buku terbaru BLINK. Wah, terharunya! Suatu hari nanti, Program Jelajah …
Mar 10
PERTANDINGAN MEWARNA MASKOT MILO – BULAN PSS SK TAMAN PERMATA
Wah, sekali tengok macam kenal sahaja gambar lukisan ini? Dua kali tengok… Ya, memang betul! Ini Maskot BLINK yang bernama Milo! Kucing ajaib di alam dongeng, si Milo sememangnya ada bermacam ragam sepanjang pengembaraan di alam Dongeng Sri Bangsar! Tidak cukup dengan itu, kini si Milo semakin rajin pula menjelajah sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang! …