TRANSFAMOUS MENJADI SUPER BODYGUARD DI SK PASIR GUDANG 2, JOHOR BAHRU

Hari ini Transfamous mendapat jemputan ke SK Pasir Gudang 2. Apa yang Transfamous buat di sekolah ini? Jeng, jeng, jeng! Transfamous menjadi “Super Bodyguard” kepada pelukis dan penulis hebat Blink Book iaitu Aman Wan .. Eh! Transfamous menjadi “Super Bodyguard” sama seperti novel hebat karya Aman Wan iaitu Aku Mahu Super Bodyguard. Transfamous dan Aman Wan dijemput bagi memeriahkan lagi Program Pelancaran Nilam peringkat sekolah SK Pasir Gudang 2.

Istimewanya di sekolah ini, Transfamous, Abang Aman Wan dan Pegawai PJS Selatan dihiburkan dengan persembahan bercerita daripada adik Usyair yang baru berusia 7 tahun. Adik Usyair mula minat bercerita sejak umur 5 tahun atas galakan bapanya. Khabarnya juga, abang kepada Usyair yang merupakan bekas pelajar sekolah ini juga pernah menang pertandingan bercerita. Tidak boleh dinafikan lagi adik-beradik ini sememangnya petah berbicara.

Lihatlah, galakan daripada ibu bapa memang akan menambahkan lagi semangat di samping menjadi sokongan kepada kita. Oleh itu, Blinkers juga perlu juga menghargai sokongan daripada guru-guru dan ibu bapa yang cuba menerapkan amalan membaca melalui penganjuran Program NILAM. Jika galakan membaca dipupuk sejak usia muda, nescaya akan menjadi amalan mulia malah hobi di kala senggang, daripada asyik leka dengan gajet dan teknologi yang disalah-guna.

Terima kasih diucapkan kepada SK Pasir Gudang 2 kerana menjemput tim PJS. Diharapkan agar kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. Terimalah serangkap pantun daripada tim PJS..

Zapin ditari si anak cina,
Penonton bersorak penuh gembira,
Terima kasih tidak terhingga,
Semoga SK Pasir Gudang 2 terus maju jaya!

Komen
%d bloggers like this: