SEKOLAH KELAHIRAN PENULIS-PENULIS TUNAS SUPER

Siapa sangka, di salah sebuah sekolah di Sungai Petani, merupakan lokasi SK Ambangan Height yang telah melahirkan dua orang penulis muda! Hasil karya dua orang penulis muda ini telah diterbitkan dalam buku Tunas Super oleh PTS.

Sewaktu tim Program Jelajah Sekolah Utara berkunjung ke sekolah ini, Kak Hazira Hanapi sempat berkenalan dengan Aisyah Soleha binti Mursyiri, yang telah menulis cerpen bertajuk Lelaki Itu. Hasil karya adik Aisyah ini telah diterbitkan dalam buku Tunas Super : Certot #2 Antalogi Cerita Kontot : Sukan. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya abang kepada Aisyah juga merupakan penulis Tunas Super namun kini sudah melangkah masuk ke Sekolah Menengah. Buku abangnya, Ahmad Nabil Musyiri turut diterbitkan oleh PTS dalam buku Tunas Super: Robot dalam Poket (BOT).

Tim PJS sangat berbangga dengan pencapaian pelajar-pelajar di SK Ambangan Height. Rupa-rupanya ramai juga pelajar sekolah ini yang berminat untuk menjadi penulis dan pelukis komik berdasarkan survei yang dibuat oleh Kak Hazira Hanapi sewaktu bersama dengan pelajar-pelajar tahap 2 sepanjang bengkel penulisan.

Minat membaca telah ditanam dalam diri setiap pelajar dan sekolah ini telah berjaya menjadikan membaca sebagai satu amalan oleh pelajar-pelajarnya. Dalam gambar di atas ini, pelajar yang bertudung kuning, Rusmiza Atira bt Ramli merangkap Pengawas Pusat Sumber, awal-awal lagi telah berpakat dengan kawan-kawannya untuk memborong buku bagi melengkapkan koleksi buku mereka. Mereka juga gemar meluangkan masa di perpustakaan bersama. Dalam mengeratkan ikatan persahabatan, mereka juga telah berazam untuk sama-sama menjadi Tokoh Nilam tiga sekawan! Caiyok caiyok!

Komen
%d bloggers like this: