CIPTA JALUR GEMILANG, LOGO 1 MALAYSIA GUNA CD DAN BOTOL

Wah, menurut tim Program Jelajah Sekolah di Johor, SK Permas Jaya 3 telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila warga sekolah bekerjasama menyiapkan sebuah bendera bersaiz gergasi serta logo 1 Malaysia yang diperbuat daripada 2,361 keping cakera padat (CD) dan 829 biji botol plastik.

Malah, tim PJS juga dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa kerjasama yang dijalankan ini bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah, tetapi ibu bapa juga turut sama menyokong usaha ini di samping menyumbangkan bahan kitar semula kepada pihak sekolah.

Jika dilihat dari gambar dari sudut dekat ini, kerja-kerja penciptaan Jalur Gemilang dan Logo 1 Malaysia ini memang sangat teliti. Setiap bahan dicat serta disusun rasmi oleh warga sekolah yang terlibat iaitu guru, para pelajar, staf sokongan, dan juga ibu bapa yang turut turun padang selepas waktu persekolahan. Wah, ini memang kerja 1 Malaysia!

Warga BLINK tabik spring pada SK Permas Jaya 3, Johor Bahru! Apa yang penting? KERJASAMA!

Komen
%d bloggers like this: