TRANSFAMOUS BERSAMA CALON-CALON TOKOH NILAM NEGERI JOHOR

Pada 13 Mac 2017, Program Penilaian Calon Nilam Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Johor. Seramai 44 orang pelajar telah dicalonkan sebagai Penerima Anugerah Nilam; 22 pelajar merupakan calon sekolah rendah, dan bakinya ialah pelajar-pelajar yang dicalonkan bagi kategori sekolah menengah.

Keesokannya pula, Transfamous telah dijemput bagi memeriahkan Majlis Penyampaian Anugerah Nilam di Sekolah Menengah Teknik, Johor. Lihatlah betapa gembiranya wajah calon-calon Penerima Anugerah Nilam, apabila nama mereka diumumkan. Nampak berbaloi apabila aktiviti membaca dijadikan amalan, membentuk insan juga memupuk tauladan buat pelajar-pelajar yang lain.

Robot Transfamous turut menumpang populariti dan terkembang-kembang pipi apabila dapat bergambar bersama di atas pentas sewaktu pelajar SMK Sultan Ismail, Mohammad Ali Izzat bin Mohamed Sanaf diumumkan sebagai Tokoh Nilam 2017, Negeri Johor.

Alhamdulillah, warga BLINK mengucapkan tahniah kepada adik Mohammad Ali Izzat! Semoga amalan yang mulia ini diteruskan dan dapat menjadi contoh kepada pelajar lain. Bukan itu sahaja, warga BLINK turut berbangga dan kini mampu menyatakan, pelajar lelaki juga ada yang minat membaca!

Komen
%d bloggers like this: