UPACARA PECAH TABUNG DI MEJA PAMERAN?

Dengar cerita ada upacara pecah tabung di meja pameran PJS tadi? Betulkah?

Memang benar sekali, adik Akif ini bersungguh-sungguh membawa tabung ke sekolah untuk membeli buku! Amboi adik, buat suspen sahaja… Hehe! Inilah contoh yang kita mahukan, seawal usia 8 tahun lagi sudah pandai menabung dan menggunakan duit sendiri untuk mendapatkan kehendak diri. Wah, memang tabik spring toink-toink kepada kedua-dua ibu bapa Akif yang berjaya menerapkan amalan menabung sejak kecil. Pihak sekolah juga pasti berbangga mempunyai pelajar bakal Jutawan ini!

Pihak PJS sangat beruntung dapat berjumpa dengan adik kecil molek ini di SK Seri Kundang, Selangor. Bersempena dengan Pelancaran Hari Nilam 1 Selangor, kehadiran penulis Blink Book, Alam Anuar dan ROBOT GIMIK juga memeriahkan lagi majilis di samping gimik pelancaran yang dibuat. Diharapkan warga SK Seri Kundang juga gembira menerima sumbangan buku bernilai RM300 daripada pihak PJS. Bertambah meriahlah Pusat Sumber selepas ini! Yahoo!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga SK Seri Kundang. Semoga kita berjumpa lagi!

Komen
%d bloggers like this: