PROGRAM JELAJAH SEKOLAH BLINK MEMBERI PENDEKATAN BARU BUAT PARA PELAJAR SEKOLAH
Dengan rasa tanggungjawab terhadap amalan membaca di kalangan para pelajar sekolah, pihak syarikat kami BLINK TRADING SDN. BHD. telah mengadakan satu inisiatif tahunan dengan ‘turun padang’ ke sekolah-sekolah di dalam Semenanjung Malaysia dengan membawa ratusan bahan bacaan ilmiah buat para pelajar sekolah samada peringkat rendah dan menengah.Disamping menjual bahan-bahan bacaan, para pelajar juga berpeluang mendekati dan menimba ilmu, pengalaman serta pengetahuan para penulis dari syarikat kami. Para pelajar juga berpeluang bergambar serta mendapatkan tandatangan daripada para penulis seperti Ain Maisarah, Izanor Sharif, Azanil Fitri, Aman Wan dan ramai lagi.

Puan Khairulaniza Khairuddin SMK Seri Teja
Saya amat berterima kasih kerana Puan AinMaisarah dan Tim BLINK TRADING SDN. BHD kerana menjayakan Minggu Bahasa sekolah saya. Tiga aktiviti yang dijalankan meliputi Ceramah Penulisan Novel, Sesi Bertemu Peminat dan Pameran Buku. Pelajar lelaki juga tertarik untuk membaca buku-buku yang dibawa oleh Tim Blink.

Puan Falisciana SK Taman Melawati
Penulis telah datang bagi memberikan pendedahan awal kepada murid tentang kerjaya sebagai seorang penulis. Sambutan daripada semua warga sekolah amat memberansangkan. Program ini perlu diteruskan supaya dapat melahirkan lebih ramai penulis muda. Sekalung penghargaan kepada pasukan Program Jelajah Sekolah BLINK atas sokongan dan kerjasama.
Kami bawakan lebih 150 judul novel dan buku motivasi daripada penerbitan PTS yang terbaik di pasaran. Marilah melawat ke meja pameran dan jualan buku sepanjang kami berada di sekolah ini
PJS Blink adalah program kerjasama BLINK dan sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang mempunyai kaitan dengan buku.
Bagi urusan jemputan Program Jelajah Sekolah, sila Whatsapp butiran tersebut :
– Nama sekolah
– Jumlah pelajar
– Nama guru
– Nombor telefon
– Tarikh cadangan
Whatsapp ke nombor berikut:
010-2558056 (Noraida)
Penulis dan Pelukis yang terlibat adalah Ain Maisarah (penulis remaja no 1 di malaysia), Azanil Fitri (penulis Siri Hero bersama Ain Maisarah), Aman Wan (Pelukis BLINK BOOK), Shasya Ali (penulis Siri Juvana) dan ramai lagi!
Buat masa ini kami boleh membawa beberapa penulis atau pelukis ke sekolah tuan-puan.
- Ain Maisarah (Talk berkenaan potensi kerjaya sebagai penulis dan sesi Autograf) + membuka meja pameran jualan.
- Azanil Fitri (Talk berkenaan pengalaman beliau sebelum menjadi penulis, tip-tip untuk menulis dengan baik dan sesi Autograf) + membuka meja pameran jualan.
- Aman Wan (Bengkel lukisan komik dan sesi Autograf) + membuka meja pameran jualan.
Tidak. Malah kami akan memberi sumbangan buku kepada perpustakaan sekolah. Tetapi bagi menanggung kos program kami memohon pihak sekolah membenarkan kami untuk membuat pameran dan jualan buku sepanjang program berjalan.
Buku-buku yang kami bawa adalah buku-buku ilmiah dari terbitan PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan patuh syariah.
Secara umumnya. Program akan berlangsung selama 3 hari. Selama 3 hari itu, kami akan membuka meja pameran dan jualan buku. Pada hari pertama kami akan bawakan penulis atau pelukis dan memberikan ucapan selama 15 minit kepada pelajar sekolah. Selepas memberikan ucapan, pihak sekolah akan aturkan sesi bertemu penulis untuk bertemu mesra dan menandatangan buku.
Kami juga pembekal buku-buku untuk perpustakaan sekolah. Boleh klik sini untuk dapatkan maklumat lanjut promosi buku-buku untuk perpustakaan.
Nama syarikat yang menguruskan adalah BLINK TRADING SDN BHD. Kami berkerjasama dengan BLINK BOOK SDN BHD untuk menjayakan program ini.
Puan Noraida selaku pengurus PJS di talian 010-2558056 (HP) atau 013-6984083(Ibu Pejabat)